Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

22 Mac 2015

Patin bawa tuah buat Botak Hamidah muncul juara Sirkit Final Jelajah Pancing KL


Otai pancing, Botak Hamidah berjaya membawa pulang hadiah RM10,000 selepas muncul juara Sirkit Final Jelajah Pancing Kuala Lumpur yang baru sahaja berakhir.

Kejayaan ini dicapai pada jam 9.14 pagi dengan hasil tangkapan spesis patin seberat 7.170kg sekaligus mengenepikan cabaran 1,548 peserta lain yang mengambil bahagian.

Tempat kedua berupa hadiah RM3,000.00 dimenangi Lukman Mohd atas kejayaan menaikkan ikan toman seberat 5.755kg manakala Taim Ramli mendominasi tempat ketiga dengan daratan patin seberat 4.935kg,

Sirkit Final kali ini turut mencipta sejarah buat Jelajah Pancing Kuala Lumpur apabila mencatatkan penyertaan terbanyak sejak ia mula diperkenalkan. Seramai 1,549 orang kaki pancing menyertai pertandingan ini.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang utama telah dilakukan oleh Yang Berbahagia, Datuk Haji Mohd Mohd Najib Haji Mohd, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Hadir sama ialah  Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Tuan Idzawi Raja Ismail, para penaja dan orang kuat penganjur acara, Rosli Yahya dan Umbai Joran.

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...