PELEPASAN IKAN...acara simbolik menjelang final Jelajah Pancing Kuala Lumpur. Program tersebut telah dilakukan oleh Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Tuan Idzawi Raja Ismail di venue pertandingan, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Kini cuma tinggal 4 hari sahaja lagi pertandingan akan bergema. Ayuh! Buat kaki pancing jom pacak joran beramai-ramai dan bawa keluarga bersama-sama bagi memeriahkan lagi kemuncak pertandingan sambil berpeluang memenangi hadiah utama JUARA...RM10,000.00.