Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

Jelajah Pancing KL Siri 7/2017 di Tasik Ampang Hilir 24 September 2017

Pertandingan Memancing Pantai di Lanjut Beach & Golf Resort 7 Oktober 2017

Memancing bersama Jejak Suci 13 Oktober 2017

Memancing bersama Jejak Suci 13 Oktober 2017

Blog Direktori Memancing

24 April 2017

Latif raih juara selepas 12 tahun bergelumang dunia memancing



"Selama 12 tahun berkecimpung dalam arena memancing, inilah pertama kali saya meraih podium juara pada sesuatu pertandingan," ujar Abdul Latif Mazlan selepas diumumkan sebagai juara Pertandingan Memancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur yang berlangsung di Taman Tasik Ampang Hilir hari ini.

Paling teruja kejayaan Abdul Latif dicapai ketika pertandingan berbaki satu minit sebelum siren penamat pertandingan dibunyikan.

Beliau yang berasal dari Singapura berjaya mendaratkan seekor ikan patin seberat 21.180 kg pada jam 12.29 tengahari sekaligus mengenepikan Ismail Talib atau lebih dikenali sebagai Yop yang pada mulanya berkedudukan selesa mendahului pertandingan dengan angkatan patin seberat 10.960 kg pada jam 8.48 pagi.

Tempat ketiga pula disandang oleh Ahmad Nazri Othman yang berjaya menaikkan ikan patin seberat 10.590 kg pada jam 11.40 pagi.

Hadiah kepada para pemenang utama disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kebudayaan,Kesenian, Pelancongan dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Puan Zalina binti Ahmad Hamidee. Turut hadir ialah Pengurus Tajaan dan Sukan, 100 Plus, Muhamad Fauzi Ahmad.


Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...