Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

03 April 2017

Patin 8.275KG realitikan impian Haikal bergelar juara



Ikan patin seberat  8.275 kilogram (kg) yang didaratkan oleh Mohd Haikal Razman, 16. telah menobatkan dirinya sebagai juara Pertandingan Memancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur (JPKL) di Taman Tasik Metropolitan, Kepong pada semalam.

Beliau berjaya mengalahkan lebih 1,000 peserta dan membawa pulang hadiah RM7,000.

Sewaktu ditemui selepas majlis penyampaian hadiah, Haikal yang pernah menduduki tempat ketiga JPKL baru-baru ini tidak pernah menduga mampu menjuarai pertandingan itu memandangkan ramai otai pancing turut mengambil bahagian.

" Saya amat bersyukur dengan kejayaan ini. Semua ini berkat sokongan keluarga saya yang tidak pernah menghalang minat saya mengikuti ayah setiap kali menyertai mana-mana pertandingan.

"Terima kasih kepada pihak penganjur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur diatas penganjuran pertandingan ini, " ujar Haikal yang kelihatan agak pendiam dan rasa malu orangnya ketika diwawancara.

Belida seberat 6.980 yang dipancing Shew Yew Keong menduduki tempat kedua dengan memperolehi RM3,000 manakala tempat ketiga pula disandang Khairul Azwan Abdul Razak yang mendapat RM1,000 hasil tangkapan patin seberat 6.785kg.

Hadiah kepada para pemenang pertandingan yang berlangsung selama empat jam itu disampaikan oleh Pengurus Besar Biro Pelancongan Kuala Lumpur, Encik Khairul Anuar Mfd Juri.

Peserta bukan sahaja dari sekitar Kuala Lumpur, Selangor malah ada yang datang dari Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...