Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

30 Mei 2009

Pertandingan memancing Tasik Taman Jaya: RM6,000 menjadi milik Zadi

Seorang peserta memperagakan hadiah wang tunai yang disampaikan Encik Din, pemilik Kolam Pancing Sevenlakes dari Beranang. Turut kelihatan ialah Encik Tapa.

DJ pertandingan sempat mengusik dua peserta muda dengan pelbagai soalan sebelum menerima berpeluang menerima hadiah.
Encik Tapa sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang muda.
Sebahagian kaki pancing yang setia menanti sebelum umpan masing-masing disentap ikan.

Pemidang Tapa Event Management terpampang di pintu masuk lokasi pertandingan.

KEGEMBIRAAN jelas terpapar diwajah Mohd Zadi apabila diumumkan sebagai juara pertandingan memancing Tasik Taman Jaya dekat Petaling Jaya yang baru sahaja berakhir sebentar tadi.

Ekoran kejayaan mendaratkan ikan haruan seberat 1.615 kg pada jam 9.41 pagi membolehkan Zadi membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000 walaupun dicabar pada saat-saat akhir oleh peserta lain terutama Zaimi Mohd Syed dan Mohd Sadri yang masing-masing akur dengan sentapan pacu yang beratnya jauh lebih rendah.

Pertandingan anjuran Tapa Event Management dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya ini berlangsung mulai jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari dengan dihadiri lebih 200 orang kaki pancing.

Menurut penyelaras pertandingan, Saudara Tapa, pihaknya menganggap usaha menganjurkan pertandingan ini telah mencapai objektif dalam menghimpun kaki pancing dan warga disekitar Petaling Jaya.

"Usaha tetap berbaloi dengan penyertaan dan kehadiran ramai pengunjung yang memenuhi sekitar tasik. Syukur alhamdulillah,"ujarnya.

Kepada Encik Tapa dan krew-krew Tapa Event Management termasuk Encik Nizam yang bertungkus lumus menyediakan keputusan pertandingan, penulis ingin rakamkan jutaan terima kasih. Jika ada pertandingan pada masa depan, jemputlah lagi.

KEPUTUSAN PENUH
Juara (RM6,000.00)
MOHD ZADI - haruan: 1.615kg
Tempat Ke-2 (RM2,000.00)
ZAIMI MOHD SYED - pacu: 1.020 kg
Tempat Ke-3 (RM1,000.00)
MOHD SADRI - pacu: 0.895 kg
Tempat Ke-4 (RM700.00)
RAZIMAN - pacu: 0.870 kg
Tempat Ke-5 (RM400.00)
ZULKIFLI - pacu: 0.830 kg
Tempat Ke-6 (RM150.00)
EDY - pacu: 0.820 kg
Tempat Ke-7 (RM150.00)
PUTRA NAVY - pacu: 0.785 kg
Tempat Ke-8 (RM150.00)
KUDIN PAKLAH - pacu: 0.700 kg
Tempat Ke-9 (RM150.00)
COMEL - pacu: 0.675 kg
Tempat Ke-10 (RM150.00)
NAZARUDDIN - pacu: 0.675 kg
Tempat Ke-11 (RM100.00)
SAROK DANIEL - pacu: 0.655 kg
Tempat Ke-12 (RM100.00)
MOHD SUHARDI - pacu: 0.655 kg
Tempat Ke-13 (RM100.00)
JOHN - pacu: 0.635 kg
Tempat Ke-14 (RM100.00)
HAIRI - pacu: 0.630 kg
Tempat Ke-15 (RM100.00)
LESTARI - pacu: 0.625 kg
Tempat Ke-16 (RM100.00)
ARI SHAFIQ - pacu: 0.625 kg
Tempat Ke-17 (RM100.00)
KARIM - pacu: 0.620 kg
Tempat Ke-18 (RM100.00)
KU MUSTAFA - pacu: 0.610 kg
Tempat Ke-19 (RM100.00)
ROSLAN - pacu: 0.610 kg
Tempat Ke-20 (RM100.00)
EDY - pacu: 0.605 kg
Tempat Ke-21 (RM50.00)
EDY - pacu: 0.565 kg
Tempat Ke-22 (RM50.00)
EDY - pacu: 0.560 kg
Tempat Ke-23 (RM50.00)
MOHD FUAD - pacu: 0.540 kg
Tempat Ke-24 (RM50.00)
MOHD SANTO - pacu: 0.525 kg
Tempat Ke-25 (RM50.00)
EDY - pacu: 0.510 kg

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...