Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

10 Ogos 2009

Otai Koyan dominasi pertandingan Kechau 1

Zul (tengah), Amir (kiri) dan Lie (kanan) sempat bergambar kenangan dengan mockup hadiah masing-masing.
Zul dari Koyan sedang menerima hadiah wang tunai RM3,000 hasil kejayaan menjuarai pertandingan.
Kaki pancing dikenali Lie menerima hadiah RM200 beserta hamper dan kekili selepas meneka tepat acara biji labu.
Gemuk (membongkok) beserta panel pengadil kolam sedang mengira jumlah biji labu.

Sebahagian besar kaki pancing yang mengambil bahagian.
Gemuk sedang mengangkat ikan patin dari tanguk seorang pemancing untuk ditimbang.

SEPERTIMANA diduga kehebatan barisan pemancing dari Koyan terus menerus mendominasi pertandingan Memancing Kechau 1, Kampung Melaka dekat Kuala Lipis semalam.

Aksi bersahaja Zul yang cukup dikenali dikalangan kaki pancing sekitar Lipis dan sekitarnya nyata tidak perlu dipertikaikan lagi apabila ikan patin seberat 2.610kg telah mengangkat namanya sebagai juara pertandingan.

Begitu pun, Zul terpaksa menunggu saat-saat akhir untuk meraih hadiah wang tunai RM3,000 apabila dicabar sengit oleh rakan sepasukan dan otai-otai yang pernah mengambil bahagian di pertandingan besar di seluruh negara.

Tempat kedua diduduki seorang lagi kaki pancing dari Koyan iaitu Amir disusuli Lie dari Tersang di tempat ketiga. Masing-masing berjaya membawa pulang RM1,000 dan RM500.

Pada kali ini, lebih 150 orang telah mengambil bahagian bukan sahaja membabitkan kaki pancing sekitar Lipis tetapi juga dari negeri lain termasuk Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur.

Tuan empunya kolam yang lebih gemar dipanggil Gemuk ketika mengesahkan berkata, pertandingan yang diadakan semalam telah menerima sambutan yang cukup memberangsangkan. Apa yang lebih penting, kami mahu setiap kaki pancing yang menyertai pertandingan disini gembira dengan hasil tangkapan mereka dan sekaligus berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan.

"Atas sebab itu, kami hanya membuka kolam ini sekali dalam seminggu untuk memastikan ia mampu membangkit semangat kaki pancing untuk bertanding.

"Kami menjangka lebih ramai lagi kaki pancing akan mengambil bahagian pada pertandingan akan datang. Jika tiada aral melintang, kami akan mengadakan pertandingan seumpama ini selepas sambutan hari raya,"ujarnya.

Bagi acara teka biji labu, kaki pancing bernama Lie berjaya meneka dengan tepat jumlah biji labu yang diadili pengurusan kolam. Berikutan itu, beliau yang meneka jumlah biji labu sebanyak 101 ulas berjaya meraih wang tunai RM200 beserta hamper dan kekili. Sementara tiga lagi hadiah acara ini telah dikongsi bersama oleh kaki pancing lain yang meneka hampir tepat.

Sementara itu, pertandingan ini turut diserikan dengan kelibat Haikal dan Eda yang merupakan seorang kanak-kanak lelaki termuda dan wanita yang mengambil bahagian. Kedua-duanya nyata tidak gugup berdepan saingan daripada kaki pancing lebih berpengalaman selepas masing-masing merantai tempat ke-18 dan 20.
Urusetia dan marshal begitu sibuk di kaunter.
Pemandangan sisi kanan aksi kaki pancing di pertandingan memancing Kechau 1.Pemancing paling muda dikenali Haikal sedang menimbang ikan sebelum disahkan pihak marshal.Seorang peserta yang memgambil bahagian sedang menarik ikan untuk dinaikkan didarat.

KEPUTUSAN PENUH
Juara:
ZUL - Patin: berat 2.610kg
Tempat ke-2:
AMIR - Patin: berat 2.406kg
Tempat Ke-3
LIE - Karak: berat 2.360kg
Tempat Ke-4
FADLI - Patin: berat 2.342kg
Tempat Ke-5
ZAM - Tongsan: berat 2.196kg
Tempat Ke-6
MUSTAFA - Tongsan: berat 2.190kg
Tempat Ke-7
SIDI - Patin: berat 2.044kg
Tempat Ke-8
ALONG - Patin: berat 2.042kg
Tempat Ke-9
NIZAM - Baung: berat 1.994kg
Tempat Ke-10
JAMIL - Patin: berat 1.942kg
Tempat Ke-11
ABON - Patin: berat 1.888kg
Tempat Ke-12
SHAHRIL - Patin: berat 1.834kg
Tempat Ke-13
AHMAD - Patin: berat 1.636kg
Tempat Ke-14
JALI - Patin: berat 1.630kg
Tempat Ke-15
ALI - Patin: berat 1.604kg
Tempat Ke-16
SYED - Patin: berat 1.596kg
Tempat Ke-17
MOHAMED ZUL - Patin: berat 1.580kg
Tempat Ke-18
HAIKAL - Patin: berat 1.570kg
Tempat Ke-19
AHMAD - Patin: berat 1.548kg
Tempat Ke-20
EDA - Patin: berat 1.526kg

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...