Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

10 Mei 2009

Lebih 1,400 kaki pancing gamat aksi D'Tasik KUIS



PERTANDINGAN memancing D'Tasik anjuran Kolej Universiti Islam Negeri Selangor (KUIS) dengan kerjasama SevenLakes yang baru sahaja berakhir sebentar tadi telah menerima sambutan penyertaan di luar jangkaan apabila lebih 1,400 peserta mengambil bahagian.

Boleh dikatakan setiap ruang untuk kaki pancing mempamerkan aksi masing-masing penuh sehingga ada dikalangan mereka terpaksa mengerah tenaga berjalan kaki hingga ke penghujung tasik yang berhampiran dengan laluan keretapi.

Semasa penulis melakukan tinjauan di lokasi pertandingan mendapati kaki pancing bukan sahaja terpaksa mengharungi saingan sengit antara satu sama lain ketika memancing malah turut berdepan dengan suasana cuaca yang cukup terik dan terpaksa berlindung dibawah pokok dan tidak kurang berkurung didalam khemah seketika.

Menurut penganjur, kira-kira 1 tan ikan patin yang dilepaskan ke dalam tasik KUIS bersempena pertandingan tersebut.

Majlis itu disempurnakan Ketua Unit Landskap Tasik Kuis, Norazman Zainuddin dan Pengurus Kolam Seven Lakes, Jamaluddin Mohamad.

Acara itu turut menawarkan sebuah Kris sebagai hadiah cabutan bertuah selain dua TV 29 inci, 10 barangan elektrik dan 20 hamper. Yuran RM70 satu joran dan 1,000 kemeja-T disediakan selain hadiah utama yang menjadi idaman setiap kaki pancing yang datang ke situ.

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...