Pemandangan panorama sekitar Kolam UPM yang dipenuhi ratusan kaki pancing.Kelihatan brader Zul (bertopi payung) antara kaki pancing yang mengambil bahagian.
Pak Din (bertopi hitam) dan Abai tidak bernasib baik untuk mengungguli pertandingan bila ikan dinaiki tidak bol.
Pak Din dan Brader Zul tetap teguh bertahan dan bersengkang mata menyertai pertandingan di UPM selepas beraksi beberapa jam sebelumnya di Ruskijang Park dekat Kemensah.
Foto oleh: AbaiLebih 200 peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan memancing yang berlangsung di Kolam Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor ahad lepas yang menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 untuk juara pertandingan.
3 ahli Kelab Ruskijang Park Pro Team dari Kemensah yang terdiri daripada brader Zul, Pak Din dan Abai tidak terkecuali turut berpeluang mempamerkan aksi namun mereka kurang bernasib baik untuk meletakkan nama sebaris dengan para pemenang apabila ikan-ikan yang didaratkan biarpun ada yang melebihi 9kg dikatakan tidak memenuhi syarat-syarat pertandingan atau bahasa lebih mudah tidak bol.
Abai yang sempat ditanya berhubung pertandingan itu menegaskan, dia dan dua lagi rakannya berpeluang untuk mencapai kemenangan sekurang-kurangnya menduduki dua tempat teratas, namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan, ikan yang berjaya dinaikkan tidak bol dan ada yang terlepas sebelum ia didaratkan. Barangkali tiada rezeki kami kali ini. Inilah yang dikatakan adat memancing.