Jadilah pengikut setia Joran Pancing

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera

Selamat datang ke blog joranpancing.blogspot.com. Redaksi JoranPancing mengalu-alukan warga kaki pancing baik yang berada di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina terutama tuan empunya kolam pancing, resorts, kelong, rumah rakit, penganjur pertandingan atau individu gemar memancing untuk mengirim artikel, laporan, info pertandingan dan sebagainya, sila salurkan ke email: joranpancing@gmail.com

Dikesempatan ini juga, JoranPancing ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua warga pancing dan para pengunjung yang sudi melayari blog ini sehingga mampu mencatat jumlah hits 1,000,000 pelawat pada 7.00 pagi; 8 Februari 2016 dan kini menduduki antara ranking terbaik di Top Site Dunia.

Jom "follow" Instagram Joran Pancing

Jom@Chat bersama Joran Pancing

IGLOO Fishing Competition di Slim River pada 8 Mac 2020

Kamarulzaman Maujud juara Jelajah Pancing KL Siri 5

Pertandingan Memancing Pra-GP Joran

Blog Direktori Memancing

17 Mei 2009

Radzi pertahan juara Jackpot Ruskijang dua minggu berturut-turut

Radzi bukti kehebatan ketepikan cabaran 57 peserta Jackpot Ruskijang Park.

KATA orang ‘ tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, siapa yang tahu’. Demikianlah yang dibuktikan oleh Radzi apabila mengekalkan kejuaraan Jackpot Mingguan Kolam Pancing Ruskijang Park Kemensah yang disandangnya pada minggu lepas.

Pada minggu ini, Radzi, anak kelahiran Jitra, Kedah mengambil sedikit masa sebelum bergelar juara selepas umpan yang dihasilkan bersama abangnya, Ismail yang juga ahli Kelab Ruskijang Pro Fan Club telah berjaya menjinakkan tongsan seberat 4.605 kg yang sekaligus menghampakan 57 peserta lain yang mengambil bahagian.

Terdahulu, kolam pertandingan disambut pekikan semangat ekoran beberapa ahli Kelab Ruskijang Pro Fan Club yang terdiri daripada Edy, Ramri dan Abai masing-masing mendaratkan tongsan melebihi 2 kg disusuli kelibat Rostam, Ady Cepoi dan Saedon pula menaikkan lekoh sebelum Asanuddin mengakhiri pertandingan dengan julangan baung seberat 1.880 kg.

Apa yang menariknya, kelapan-lapan pemenang yang menduduki ranking adalah ahli Kelab Ruskijang Pro Fan Club, sebuah kelab tidak rasmi dikolam ini dan dianggap sejarah baru pertandingan Jackpot apabila ahli kelab menyapu bersih kedudukan.

Bagaimanapun, ahli-ahli kelab lain yang turut bertanding dan merasai penangan ‘mangkau’ sebentar tadi nyata tetap masih mampu memperaga sikap ‘gentle’ dan mengakui bahawa menang kalah adalah adat pertandingan.

Shamsuddin yang dikenali Din N yang ditemui selepas pertandingan menganggap kegagalannya untuk menaikkan ikan pada kali ini tidak langsung mematahkan semangatnya untuk terus menyertai pertandingan.

“Semua ini sudah jadi asam garam dalam pertandingan. Saya pun dah lali dengan perkataan mangkau apabila menyertai pertandingan disini. Yang lebih penting, setiap kali pertandingan hubungan sesama pemancing disini semakin akrab walaupun semasa pertandingan berlangsung bermacam-macam usikan dan kata-kata yang boleh meruntun semangat seseorang kaki pancing. Tapi semua ini saya anggap senda gurau sesama kami dan tidak ada perasaan pun terasa hati. Inilah kelebihan kaki pancing yang mengambil bahagian disini,”ujar Din N dengan nada ringkas.

KEPUTUSAN PENUH
KOLAM PANCING RUSKIJANG PARK

Juara (RM500.00)
RADZI Kedah– Tongsan: berat 4.605 kg
Naib Juara (RM250.00)
ADY CEPOI -Lekoh: berat 3.020 kg
Tempat Ke-3 (RM130.00)
ABAI - Tongsan: berat 2.715 kg
Tempat Ke-4
RAMRI – Tongsan: berat 2.460 kg
Tempat Ke-5
EDY - Tongsan: berat 2.190 kg
Tempat Ke-6
SAEDON – Lekoh: berat 2.060 kg
Tempat Ke-7
ASANUDDIN – Baung: berat 1.880 kg
Tempat Ke-8
ROSTAM – Lekoh: berat 1.770 kg

Penyertaan peserta: 58 orang

Catatan Popular

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...