HUJAN di awal pagi tidak langsung mematahkan semangat malah memberi rahmat buat Izhar apabila muncul juara Pertandingan Memancing Universiti Sains Malaysia selepas berjaya mendaratkan ikan pacu seberat 810 gram yang diadakan di Kolam Redac Kejuruteraan, Sri Ampangan, Nibong Tebal pada baru-baru ini.
Kejayaan ini sekaligus membolehkan Izhar membawa pulang hadiah wang tunai RM700 beserta hamper sambil mengenepikan cabaran 179 peserta lain.
Pertandingan yang dimulakan pada jam 8.45 pagi itu oleh Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sukan Staf Kejuruteraan (KKSSK) USM, Prof. Dr. Nor Azazi Zakaria pada awalnya agak meresahkan setiap anggota urusetia lebih-lebih lagi keadaan cuaca tidak menentu dan bimbang tiada ikan dinaikkan.
Bagaimanapun, perasaan yang terbenak di setiap kaki pancing dan urusetia tidak lama apabila seorang peserta berjaya mendaratkan ikan pertama berupa ketutu seberat 111 gram pada jam 8.51 pagi. Selepas itu, suasana menjadi semakin gamat apabila beberapa ekor ikan berjaya dinaikkan walaupun kelibat pacu,rohu dan patin belum kelihatan. Sejam kemudian barulah pacu pertama berjaya dinaikkan oleh Salleh Hashim seberat 630 gm.
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Timbalan Pendaftar Kampus Kejuruteraan USM, Roslan Shuaib. - sumber KKSSK
KEPUTUSAN PENUH
Juara
IZHAR- Pacu: berat 810 gm
Tempat Ke-2
SALLEH HASHIM - Pacu: berat 630 gm
Tempat Ke-3
FAIZOL - Pacu: berat 580 gm
Tempat Ke-4
ANUAR - Lampam: berat 370 gm
Tempat Ke-5
HASNI ALI - Talapia: berat 290 gm
Tempat Ke-6
ARBAIN - Lampam: berat 270 gm
Tempat Ke-7
MOHD NOOR - Talapia: berat 245 gm